Naralicious

Naralicious

Wednesday, May 5, 2010

kawan

apakah erti sebenar kawan?
kenapa aku masih merasa kesepian?
meskipun ku memiliki ramai kawan,
hari2 ku tetap tidak berseri,

ku punya kawan untuk bersuka ria,
tp ku tak punya kawan untuk berduka,
bukan mereka tidak ingin menemani ku,
tetapi ku ragu untuk mempercayai,

patutkah ku menyerah kepercayaan kepada kawan?
ataupun biarlah ku pendam segalanya sendiri,
aku sentiasa berasa takut untuk meluah,
kerana kawan bisa mengkhianati kawan...

adakala aku terluah rahsia hati,
kawan setia mendegar dengan mata hati,
bila tiba suatu saat dan ketika,
rahsia dibongkar tanpa di sengaja,

pabila rahsia tidak lagi menjadi rahsia,
penyesalan mula terasa dalam sanubari,
walaupun tidak sengaja diluahkan kawan,
impak nya tetap dirasai jauh di lubuk hati,

setelah segalanya terjadi dan berlaku,
kepercayaan ibarat daun yang gugur,
selamanya tidak akan kembali pada pohon,
kerana hati sakit bak kaca dihempas...

sememangnya kepercayaan bisa di bina,
tetapi kaca yang terhempas sukar di baiki,
walau ianya di cantum semula,
kesan rekahan tetap wujud sukar di sembunyi,

kepercayaan tetap ada tetapi goyah,
walaupun luka terubat tetapi parut akan kekal,
setiap patah kata akan di fikirkan,
tandanya berwaspada penuh wasangka...