Naralicious

Naralicious

Saturday, September 22, 2012

~Bunga-bunga jiwa 18 september 2010~

Thanks to Mister.. I Love it!!! :3
~~~~~~~~~~~~~hewhewhewhewhewhewhew~~~~~~~~~

~True Love @ Cinta Sejati~



selalu dengar orang kata, 
cinta itu buta.
kenapa cinta dikatakan buta???
sebab, cinta tak mengenal rupa, harta mahupun usia...

Benar kerrr???

cuba kamu senaraikan, apakah ciri-ciri wanita ataupun lelaki yang kamu ingin kahwini...
1. hensem/ cantik/ comel/ gagah/ mata besar....
2. Baik hati/ lemah-lembut...
3. kaya/ ada kereta besar/ rumah besar....
4. muda setahun dua/ muda setahun dua...
5. tinggi 160cm/170cm...
6. Badan ketul-ketul/ pinggang ramping/ 29:23:30 (hah! dengan ratio sekali bagik!)

dengan senarai bagai, adakah cinta itu buta jika kita masih menilai luaran??

Toksah ler nak berdalih-malih lagi, manusia memang suka kan sesuatu yang cantik..
(yang comel pun nak jugak!)

p/s: pic atas nih curik dr google.. blog bob kalau tak silap.. mohon di ampunkan ya tuan..^.^

Tapi ingat... memang kita memilih siapa yang kita ingin cintai..
tapi jodoh itu rahsia Allah..
jadi, rajin-rajin lah kamu berdoa agar dijodohkan dengan orang yang baik-baik..
sesungguhnya Allah maha adil. Pilihan Nya pasti pilihan yang paling tepat..^.^

betul jugak kan.. dah buta, macam mana boleh pandang.. LOL

Nura nak kasi ayat sikittttt~
DUIT TIDAK DAPAT MEMBELI CINTA, TAPI CINTA TIDAK DAPAT MEMBELI BARANG KAT PASAR!!
(hewhewhew~ bajet lawak :p)
Kita hanya mampu merancang, Allah yang menetukan nya,,(ayat dah biasa guna lorh!)



Thursday, September 13, 2012

~SELAMAT HARI MALAYSIA~

Assalamuailaikum w.b.t ^.^




sebelum terlambat, Nura nak ucapkan selamat ulang tahun kelahiran Malaysia... 
saja 'wish' awal takut nanti tak berkesempatan nak 'wish'..hehehehee..

Dah 55 tahun negara Malaysia di tubuhkan.. Negara aman tanpa perperangan sampailah sekarang..
tapi, tahukah anda bahawasanya kita masih dijajah?
KENAPA?
kenapa dan mengapa??
tepuk dahi tanyalah minda.. hewhewhew~

Beberapa tahun kebelakangan ini, konsep SATU MALAYSIA telah di cetuskan dan di jadikan sebagai misi serta visi rakyat Malaysia.. walaubagaimanapun, adakah kita sebagai rakyat Malaysia mengamalkan konsep ini??... (Rasa macam ahli pemikir lah pulak-.-")

Ada yang tidak berpuas hati maka mengaitkan konsep tersebut dengan israel.. hurmmm... Kata orang- orang tua, "ambil yang jernih, jangan ambil yang keruh".. apa yang Nura nak katakan ialah, benda yang baik itu kita jadikan contoh, dan yang buruk / tidak baik itu jadikan sempadan... 

Eeerrrmmm.. contoh mudah, pelajar A kurang gemar akan perangai pelajar B yang sering ponteng kelas, tetapi pelajar B sangat rajin membaca buku-buku ilmiah. pelajar A pulak, merasakan dirinya tercabar lalu turut membudayakan dirinya untuk memperbanyakan lagi membaca. inilah dinamakan, persaingan secara sihat! mencontohi yang baik sahaja. bukannya mencontohi yang tidak baik, maka tak salah kan??? (apa Nura merepek nih@.@??)

Ok, Nura bukan nak cakap pasal politik kat sini,(tiada kena mengena pun ~~,).. tapi bagi yang masih dengki-mendengki, saling maki hamun negeri-negeri lain tu, cukup-cukup lah sudahhhhh~

As a malaysian, sedih taw tengok kat 'FB' siap ada yang buat 'fanpage' lg nak hina negeri lain.. kang kene jodoh dengan penduduk asal negori tuh, serve u right there!! hokhohok..
Segelintir orang yang tidak bertanggungjawab nih paling suka nak 'merendah-rendahkan' penduduk borneo terutamanya, Sabah dan Sarawak..

Nura tak tawlah kenapa PHD (perasaan hasad dengki ) nih masih ada... mana dapat cerita yang penduduk Sarawak duduk atas pokok?? Pakai cawat pulak tu.. hurm.. Kalaulahkan, kami (Nura orang Sarawak taw) ni dok atas pokok kan, mesti line internet kami laju macam cheetah! kami bawak kereta guna airway (jalan udara) maklumlah, kereta terbang lah katakan.. hewhewhew~ 

Sebenar-benarnya, semua tempat sama jerlarh! Rasanya lah kan, orang yang dok mengata tu sebenarnya x pernah datang melawat Sabah & Sarawak, pendek kata, tak pernah naik kapal terbang pown.. That is why mereka tidak mengetahui.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. hee~

Meh Nura share pic "asal dari Sarawak"
 Kuching Central

 Waterfront, Youth day

Kuching Sarawak

Opppssss... sebelum terlupa, sarawak juga merupakan penyumbang terbesar untuk Malaysia taw... Tanpa Sarawak, agaknya, berapa kembang semenanjung boleh berkembang ye?? (just wonder) Apa-apa pun, Kami di Sarawak Taknak lah tahi di balas dengan tahi (balas dendam or maki balik), kami hope perspektif yang tidak baik itu akan berubah secepat mungkin, kita kan bernaung di bawah 1 PAYUNG, 1 BAHTERA, & 1 MALAYSIA... ^.^



sayanggg Malaysia! jangan ambil hati taw...^.^
silap dan salah harap dimaafkan... (ampunkan tuan hamba)
sekian.



Saturday, September 8, 2012

~5 Senjata Wanita~

Assalamua'laikum W.B.T.. ^.^
Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah 5 senjata yang ada pada wanita...
memandang dah lama x 'online'...
rasa macam banyak benda jer yang nak di 'share'kan.. 
hewhewhew~~ :3
Ok2~
 senjata yang paling utama dan rasanya nya yang ramai dah tahu ialah.....jeng..jeng2~~,

1. AIR MATA & TANGISAN SEORANG WANITA
 -kalau gaduh2 dengan kekasih hati.. tangisan nih boleh mencairkan jiwa dan raga nih.
-tapi... tahukah anda, tangisan seorang wanita boleh membawa anda ke NERAKA..
WAH!! kenapa?? lorh.. tanya pulak... Tangisan seorang IBU yang terluka oleh anaknya sangat bahaya.. rasanya semua sedia maklum akan hal ini...

 2. SENYUMAN WANITA

-Amboih! senyuman nih banyak kategori.. antaranya.. senyuman ikhlas, pura-pura, terpaksa, senyuman menggoda, dan banyak lagilah! pendek kata senyuman penuh makna.. hohohh!^.^
-Walaubagaimanapun, senyuman itu satu sedekah, setiap kali kita tersenyum, kita dapat pahal taw! maka dengan itu, senyum-senyumlah selalu.
-nak jugak share pengalaman, "pada suatu hari, (macam cerita sang kancil pulak dah) masa sekolah rendah dulukan, pagi tu nak pergi sekolah, almaklumlah, bangun pagi2 nk pergi sekolah pulak tu, rasa sangat tak bersemangat dengan hari hujan lebat (kalau tidur sedap nih! :p) opkoz 'moody', tapi tiba2~ nampak sorang makcik yang hantar anaknya (budak darjah satu agaknya) senyum2 kat Nura pagi2 dr jauh..secara 'automatik'nya, Nura pown senyum balik & 'mood' berubah secara mendadak... itulah dinamakan KUASA SENYUM~.~" (tak best pown cerita (-_-)"



3. TUTUR KATA WANITA

- Hurmmmm.... kepada semua wanita di luar sana, lunak kan lah suara mu dan bahasa mu ketika bertutur dengan IBUBAPA...& bukannya hanya apabila bergayut dengan kekasih hati.. HARAM taw! 
-lebih baik berdiam daripada berkata dusta..(buat renungan kita bersam. ~.~)



4. PERHIASAN PADA TUBUH WANITA

- Rasa ramai yang dah tahu bab nih... Wanita memang sukakan yang cantik2..(termasuk Nura!).. 
tapi dalam bab berhias nih ada 'limit'nya jugak... toksah ler 'makeup' tebal 2"inch tak kira siang malam...
 (-_-)'' 
-lagipun, barang2 kosmetik nih banyak kandungan kimia walaupun dekat label dah tulis guna bahan 'natural'.. nanti tumbuh jerawat banyak2 kang! sapa yang susah? kulit muka jugak..^.^
-Pada pendapat saya, berhias ala kadar, tapi janganlah pulak selekeh sangat sampai ..ttttuuuuutttttttt....(pikir sendiri lah).. kalau boleh, simpan lah untuk suami anda jugak.. biar dia lebih istimewa daripada lelaki lain yang ada kat dunia nih... :p



5.KECERDIKAN WANITA

-Bijak2~ (susah sangat nak cakap, kalau kamu wanita, pasti anda memahami setelah berfikir selama 2 tahun..hewhewhewww~)

TAPI,
lima perkara di atas jika dilaksanakan oleh kaum hawa untuk kepentingan Allah SWT pasti mendapat pahala yang amat berharga tetapi jika ia dilaksanakan oleh wanita yang menjadi kuda tunggangan syaitan pasti akan berlaku kerosakan di dunia ini sebagaimana larangan Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat:11,

     "Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi[24]". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."
[24] (kerusakan yang mereka perbuat di muka bumi bukan berarti kerusakan benda, melainkan menghasut orang-orang kafir untuk memusuhi dan menentang orang Islam.) Wallahualam...

Sekian^.^