Naralicious

Naralicious

Wednesday, December 28, 2011

inTrO~ VcO

apa nih???
nilah VCO, Virgin coconut oil, aka minyak kepala dara...
untuk apa??? cuba search "VCO catalyst"
jual nih!!! cepat2... hohoho~~~

Sunday, October 16, 2011

kek daging!

?????????????
??????????????
???????????????
blom pernah mkn lg..
(-.-)

Monday, June 20, 2011

Monday, June 13, 2011

~KuRaNg iMaN!!!~

i hate this!!!

http://www.islam-watch.org/AyeshaAhmed/Incest-Halal-in-Islam.htm

Thursday, June 9, 2011

~LeLaKi GuNa 3 HeLai $eLuAr DaLaM~

LONDON: lelaki hanya membawa 3 helai seluar dalam ketika bercuti kemana sahaja untuk seminggu, manakala bagi wanita pula membawa sekurang-kurangnya 10 helai seluar dalam hanya untuk seminggu.

Para penyelidik telah menyoal 1,294 lelaki dan wanita britain yang telah bercuti selama seminggu sejak 12 bulan yang lalu.

alasan yang dikemukakan mengapa lelaki hanya perlu 3 helai sahaja, 12% responden lelaki menjawab mereka hanya akan mencuci seluar dalam semasa cuti sahaja, manakala 37% mengatakan bahawa mereka lebih banyak meluangkan masa menggunakan seluar mandi sahaja...

selebihnya pula tidak mengendahkan isu ini dibangkitkan.

kajian yang dijalankan oleh laman web percutian Britain juga mendapati wanita membawa lebih banyak barang terutamanya pakaian untuk pergi bercuti berbanding lelaki.

walaubagaimanapun, para wanita hanya menggunakan 62% sahaja daripada barang yang dibawa. hal ini kerana para wanita lebih gemar untuk membeli pakaian baru dan menggunakannya semasa bercuti...

*Adakah lelaki pengotor kerana menggunakan seluar dalam yang sama berulang kali dan hanya membasuhnya ketika cuti sahaja???

*Adakah perempuan leceh kerana perlu membawa barang yang banyak ketika bercuti dan boros dalam berbelanja????

Friday, June 3, 2011

Wednesday, May 18, 2011

~aLaNgKaH iNdaHnYa~

i want this!!! mesti syok kalau dapat!!!
ggggrrrrrrrrrrrrrr~


Monday, May 16, 2011

~di $ebaLik Me$iN~






lihatlah betapa susah nya hidup....(-.-)

Thursday, May 12, 2011

~ToLoNg CaRi OrAnG~



brapa muka orang yang anda dapat??
actually ada 9 muka!!!
i just dapat 7 muka OnLy~~,

Wednesday, May 11, 2011

~SiPuT BiJaK!!~

....macam mana nak menyeberang kalau xda jambatan mahupun titi???....

~KeNaPa LeLaKi HaPpY??~



is it true???
hanya orang yang berjantina lelaki ja yang taw ^.^

Tuesday, May 10, 2011

Monday, May 9, 2011

~yOu R aMaZiNg oNLy fRoM A fAr~ (PaRodY)

waTcH bY UrSeLf...^.^
eNjOy~

agagagagagaga~~,

Saturday, March 5, 2011

Andai seorang perempuan datang....

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."

"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."

"Kau dah seperti abang kandungku."

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."

"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."

"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."

"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR

GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR

TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,

Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,

Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,

Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang...

Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...

Andai seorang perempuan itu datang...

~JauhKan Rindu~

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.