Naralicious

Naralicious

Thursday, November 11, 2010

~tEmBaMMmmmmMmmm...~

Gosh!!! bam2 nyer~~~ uuu~~
4 sure pipi sebelah je dah 10 kilo...(0o0)








p/s: love the 4th pic <3

Sunday, November 7, 2010

Wednesday, October 20, 2010

~NeNeK!!~

ini lah akibat letak laptop semborono je!!

Tuesday, October 19, 2010

~GrEaT FaTheR oF~~,

Father: I want you to marry a girl of my choice
Son: “I will choose my own bride!”
Father: “But the girl is Bill Gates’s daughter.”
Son: “Well, in that case…ok”

Next Father approaches Bill Gates.
Father: “I have a husband for your daughter.”
Bill Gates: “But my daughter is too young to marry!”
Father: “But this young man is a vice-president of the World Bank.”
Bill Gates: “Ah, in that case…ok”

Finally Father goes to see the president of the World Bank.
Father: “I have a young man to be recommended as a vice-president.”
President: “But I already have more vice- presidents than I need!”
Father: “But this young man is Bill Gates’s son-in-law.”
President: “Ah, in that case…ok”

~FakTa + AuTa~

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

~PeNgoRbaNaN SaHaBaT~




Monday, October 18, 2010

BAJU CINTA

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.

Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya.

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!”

“Yang kau telanjang tu kenape!!!??? ” marah si nenek.

” Ala nek, ini la BAJU CINTA saya,” balas si cucu perempuannya.

“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan.

“Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya
Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek.”
Pinta si cucu dengan penuh hormat.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami…

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea ..Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok (suaminya) yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi- wanginya.Dia menuggu kepulangan suaminya dengan sabar.

Beberapa ketika si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka, si Atok terkejut sakan melihat si nenek (isterinya) berbogel di depan pintu.

“Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???” marah si Atok.

“Ini lah BAJU CINTA saya bang” kata si nenek.

“BAJU CINTA???….. . Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!berkedut sgt nampaknya..”

Pengajaran: Gosoklah baju sebelum pergi kerja.

Friday, August 20, 2010

cinta kawan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??



Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Saturday, June 12, 2010

Ada apa di hatimu?

Ku sentiasa tertanya-tanya apa yang dirimu inginkan..
Segala apa yang ku lakukan tidak pernah betul..
Serba serbi salah di sana sini..
Tolonglah berikan ku petunjuk untukmemuaskan hatimu,

Wahai mama,
Ku tahu, setiap leteran mu bermaksud prihatin,
Tetapi adakalanya ia menyakitkan hati ini,
Memanaskan telinga yang mendengarkannya,

Ku memohon ampun darimu mama,
Sememangnya diri ini selalu melukai dirimu dari dalam serta luar,
Anak ini sememangnya derhaka kepadamu,
Itu yang selalu kau ucapkan setiap kali mama berleter,

Aku hanyalah seorang anak yang hina,
Mama sendiri yang membandingkan ku dengan yang lain,
Ku sedar akan kekuranganku yang tidak dapat mu terima,
Tapi, diri ini tetap penyambung zuriatmu,

Hati ku amat pedih mendengarkan kata-kata kesatmu,
Tapi tidak mengapa kerna kau yang melahirkanku,
Dirimu mengenyangkan ku dengan air badan mu,
Itu yang menjadi darah serta dagingku kini..

Setiap kali ku bersujud pada ILLAHI,
Ku selalu memohon semoga hatimu dilembutkan,
Agar mama sentiasa memaafi aku,
Dan semoga ku bisa menjadi anak yang solehah,

Kadangkala, ingin sekali anak ini untuk menyelami hatimu,
Hati yang tabah membesarkan diriku,
Ku dapat merasakan kasih sayang yang kau curahkan,
Tetapi ku tidak dapat menyelaminya,

Kini, azam yang ku tanamkan untukmu mama,
Adalah untuk membanggakan dirimu,
Ingin sekali ku melihat airmata mu mengalir,
Mengalir kerana kegembiraanmu yang tidak terhingga terhadapku..

..PENANTIAN..

Memori kisah kita mula bermain di minda ku,

Dimainkan seperti filem-filem di panggung wayang,

Bermula dengan pertemuan yang membawa kabahagiaan,

Kita berkenalan dengan senyuman terukir indah di bibir,

Dikala itu hati ini bagaikan sekuntum bunga yang mekar,

Jiwa ini dipenuhi bunga-buangaan bak taman bunga yang subur,

Di saat itu, ku menanti dirimu untuk merisik hati ini,

Itulah penantian ku yang pertama untuk mu,

Di kala malam menjelma,

Kedinginan malam yang selalunya ku rasai bertukar menjadi hangat, sehangat rinduku padamu,

Setiap detik dan ketika ku menanti khabar darimu,

Ku menanti penuh kesabaran,

Penantian ku yang kedua ini sering merundungku setiap waktu hanya untuk dirimu yang selalu ku nanti,

Setiap kali telefon bimbit ku berbunyi tanda datangnya pesanan ringkas,

Hati ini melonjak kegembiraan,

Tubuh ku menjadi cergas serta merta,

Perasaan ingin tahu membuak-buak,

Secepatnya inginku mengetahui siapakah pengirimnya,

Andainya namamu menjelma,

Hatiku mula berlagu riang lalu ku tersenyum kepuasan,

Ada ketikanya,

Dirimu tidak membalas masej dariku,

Ku menanti jawapan darimu,

Suatu penantian yang penuh debaran bagiku,

Persoalan yang tidak ku tahu jawapannya,

Membuat diri ini berasa di awang-awangan,

Persoalanku mula terapung-apung di udara,

Kerna persoalan tersebut tidak pasti dimanakah jawapannya

berada,

persoalan yang tercari-cari kan jawapan,

dan diri ini ternanti-nanti reaksi dari dirimu,

di kala itu, pernantian suatu penyeksaan bagiku,

setelah lama kita berkenalan,

harapan di lubuk hati semakin memuncak,

mahukah dirimu menjadikan diri ini sebagai teman hidupmu??

Ku nantikan jawapan mu.

Setiap patah kata darimu amat bermakna bagi ku,

Ku akan tetap menanti dirimu,

Walau menanti dan terus menanti itu amat menyakitkan rohaniku,

Tidak mampu ku menanggung kepedihan jiwaku tanpa dirimu menghiasi nya…

Ada ketikanya, ku terfikir,

Sampai bila ku harus menanti sesuatu yang tidak pasti bagiku,

Seandainya jawapan yang ku terima menyeksakan batinku,

Ku akui, jantungku terasa bagaikan di tikam berkali-kali,

Nafasku bagaikan di sekat-sekat,

Tak mudah bagiku untuk melupakan mu dan pergi menjauh,

Sebelum masa itu tiba,

Ku memerlukan sedikit waktu untuk bersedia,

Bersedia untuk bernafas tanpamu menemani hatiku,

Tapi, kini, ku tetap menanti dirimu,

Sungguhpun diri ini mengatakan,

Tidak sanggupku menunggu dirimu selamanya,

Tetapi, hati ku tetap memiliki secebis harapan,

Mengharap dirimu memberikan ku jawapan…

Friday, June 4, 2010

...hidup macam puzzle...

macam2 puzzle ada,
ada yang susah sangat2,
ada pulak yang kacang jew,
persis sekali dengan hidup kita,

pelbagai puzzle yang kita temui d muka bumi ini, ada yang kecil, ada yang besar, ada yang susah untuk diselesaikan, ada juga yang menemui jalan buntu...

dalam kehidupan kita begitu juga, ada masalah besar, ada masalah kecil, ada orang yang kaya dan ada juga yang papa kedana, selain itu, ada yang hidup nya penuh dengan liku2 yang sukar untuk diatasi....

seandainya kita dah tahu macam mana hendak menyelesaikan puzzle tersebut, pada mula nya kita akan berasa sangat gembira, tetapi, lama kelamaan, kita akan menjadi jemu untuk bermain dengan puzzle tersebut..

begitu juga dengan hidup kita, sekiranya kita tahu apa akan terjadi kepada kita dan kita hidup dengan bersahaja tanpa menghadapi masalah, hidup kita seperti suatu jalan yang lurus, kita pula akan menjadi bosan untuk hidup....

oleh itu, puzzle kehidupan yang ada pada kita, bukanlah untuk membebankan kita, tetapi ianya memberi warna dalam perjalanan hidup ini, kita tidak pernah mengetahui apa yang akan terjadi dengan terperinci kerana ia memberi kita peluang untuk menggunakan anugerah dari ALLAh iaitu akal bagi menyelesaikan segala kesulitan...setiap puzzle yang di cipta, sudah semestinya mempunyai jalan yang tersendiri untuk diselesaikan...renungkanlah dengan akalmu...^^,

Thursday, June 3, 2010

jiwa batin yang terseksa

setiap saat menjadi sukar,
kerna hidup penuh duka,
kata hati tidak didengar,
hati terguris dan terluka,

setiap malam menjadi pilu,
mata menjadi sukar untuk dilelapkan,
minda sentiasa bekerja,
mengenangkan perjalanan hidup,

hidup yang dijalani penuh kesulitan,
masalah sentiasa muncul,
perbalahan selalu tercetus,
kemurungan turut menjelma,

hidup kita berbeza,
bagi diri yang tak berharga ini,
kebahagian walau sekali,
cukup untuk rasa di hargai,

walau perjalanan liku hidup ini gelap,
hati ini mengerti,
cukup memahami dan bersyukur,
ada insan lain melalui lorong gelap penuh perangkap,





Wednesday, June 2, 2010

just kamu

setiap kali ku pejam mata,
memori bersama bermain di minda,
tatkala semuanya bagaikan sebuah filem,
dimainkan tanpa lirik,
tapi hanya dengan iringan irama,
irama yang sungguh syahdu,

adakalanya ku tersenyum,
tp ada saatnya air mata bergenang,
apa yang pernah terjadi,
segalanya menjadi sebuah kenangan,

tak pernah ku sesali,
atas apa yang telah menjadi masa silam ku,
waima perit untuk ku hadapi dulu,
walau pahit ku rasakan dalam hati,
segalanya suatu pengalaman terindah,

apa yang ku lalui,
hanyalah diriku yang merasainya,
walaupun kita dalam satu cerita,
setiap rasa di hati kita,
hanyalah diri kita yang merasainya,
ianya adalah berbeza,

detik-detik terindah pernah ada,
dan tak kan ku lupakan,
ianya sentiasa mengukir senyuman,
senyuman pada wajah ku ini,

senyuman ini pernah memikat hatimu,
tapi, masihkah kau merinduinya?
ku mengharapkan nya,
kerna dirimu yang memulakannya,

bagiku, cinta dan sayang adalah berbeza,
yang dapat ku serahkan padamu,
tidak lebih daripada sayangnya seorang kawan,
inilah jalan yang terbaik,
untuk keindahan hidup kita bersama....

Wednesday, May 5, 2010

kawan

apakah erti sebenar kawan?
kenapa aku masih merasa kesepian?
meskipun ku memiliki ramai kawan,
hari2 ku tetap tidak berseri,

ku punya kawan untuk bersuka ria,
tp ku tak punya kawan untuk berduka,
bukan mereka tidak ingin menemani ku,
tetapi ku ragu untuk mempercayai,

patutkah ku menyerah kepercayaan kepada kawan?
ataupun biarlah ku pendam segalanya sendiri,
aku sentiasa berasa takut untuk meluah,
kerana kawan bisa mengkhianati kawan...

adakala aku terluah rahsia hati,
kawan setia mendegar dengan mata hati,
bila tiba suatu saat dan ketika,
rahsia dibongkar tanpa di sengaja,

pabila rahsia tidak lagi menjadi rahsia,
penyesalan mula terasa dalam sanubari,
walaupun tidak sengaja diluahkan kawan,
impak nya tetap dirasai jauh di lubuk hati,

setelah segalanya terjadi dan berlaku,
kepercayaan ibarat daun yang gugur,
selamanya tidak akan kembali pada pohon,
kerana hati sakit bak kaca dihempas...

sememangnya kepercayaan bisa di bina,
tetapi kaca yang terhempas sukar di baiki,
walau ianya di cantum semula,
kesan rekahan tetap wujud sukar di sembunyi,

kepercayaan tetap ada tetapi goyah,
walaupun luka terubat tetapi parut akan kekal,
setiap patah kata akan di fikirkan,
tandanya berwaspada penuh wasangka...