Naralicious

Naralicious

Thursday, April 16, 2015

~10 TIPS CANTIK DARI DALAM~

http://fuh.my/wp-content/uploads/2013/06/1136279620X310.jpg 

1.    Minum banyak air
-    Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.

2.     Bersenam
-    Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.



3.    Jangan merokok.
-    Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?
 
 4.    Tidur yg cukup
-    Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.





 
5.    Bebas Makeup Untuk Seharian
-    Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih.






1200caloriedietmenu

6.    Makan secukupnya, bukan berlebihan.
-    Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.






7.     Manjakan diri
-    Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.




8.    Elakkan stress.
-    Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.





9.    Don't worry, be happy.
-    Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10.    Ketawa penghibur duka
-    Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Tuesday, March 17, 2015

~Travel Bajet Sekitar Kuching Sarawak~

Ehemmm-ehemm...

Assalamualaikum WBT... 
Post ini memang dikhaskan untuk sesiapa sahaja yang berminat nak  melawat atau melancong di sekitar bandar Kuching Sarawak dengan bajet yang ter'batas' ataupun dalam masa yang sangat singkat. Dan tidak lupa juga kepada yang melawat seorang diri dimana anda acah-acah backpacker ala-ala 'lone ranger'.

Iolls suggest tempat-tempat yang dekat, tak memerlukan bajet yang melampau-lampau tapi masih menarik. Menarik ke tidak, terpulanglah terhadap pandangan masing-masingkan... iolls rasa menarik jer... Lebih-lebih lagi kalau kita jalan-jalan dengan kesayangan.. (Aaawwhhh... shoo shweettt)

Kembali kepada tajuk utama kita, pada mulanya mesti lah uolls datang samada melalui darat ataupun udara. Yang pasti, uolls pandai-pandailah cari tempat berteduh di sekitar Kuching. Anyway, antara tempat-tempat yang iolls 'suggest'kan ialah, carilah yang sekitar waterfront. Hal ini kerana, (cewah! macam nak buat karangan zaman SPM dahulu kala pulak) terdapat banyak kemudahan, tempat menarik dan juga tempat ber'shopping' yang agak 'bestttt'... Uolls boleh berjalan kaki sahaja tanpa memerlukan uolls menyewa kereta.. Kan dah jimat disitu...

1. Esplanade Waterfront Kuching

Sepanjang uolls berjalan di tepian mudik ke hulu nih, uolls janganlah terlalu mendongak langit, tunduk-tundukkan lah pandangan ( ini bukan ceramah agama), uolls akan nampak beberapa sejarah dan juga fakta menarik mengenai Sarawak di setiap beberapa langkah kakimu.Sila lah baca, tingkatkan ilmu dengan memupuk amalan membaca...(ceramah lagi..)

Sepanjang perjalan menuju kearah barat, toleh ke kiri, uolls akan nampak beberapa buah banggunan dan tempat yang menarik. Antaranya,....
 Tokong di tengah bandar yang penuh dengan lekuk-lekuk naga yang meriah warnanya.

 Muzium sejarah cina yang comel je banggunannya. Amaran awal, tidak dibenarkan selfie mahupun wefie mahupun membuka applikasi yang menggunakan kamera. Disingkatkan, tidak dibenarkan mengambil gambar. huhuuu...
 Bazaar

 Mahkamah lama. Antara tempat yang menarik untuk bergambar, ramai yang memilih tempat ini sebagai tempat untuk bergambar pra wedding mahupun untuk pra graduasi (merapu!)

Sekiranya uoll jalan lagi dan lagi, di sebelah kanan uolls akan tiba di India Street (banyak kedai-kedai kain, pakaian dll) dan juga Shopping complex Plaza Merdeka.

 Kembali semula di Waterfront....


Toleh ke kanan, uolls akan nampak......

 Astana Kuching Sarawak

 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak 

Kalau uolls teringin nak pergi ke seberang, uolls boleh lah naik penambang (perahu). Tambang untuk memindahkan badan uolls dari Waterfront ke seberang dalam RM1.50/orang sahaja. Ulang alik baru RM3.00... 

Di seberang pulak, uolls boleh kaki jumpalah kedai-kedai kek yang pelbagai. Iolls suggest Uolls beli di kedai Mira Cake House..
Kek dia basah dan sedap-sedap.. serious tak tipu... Beli 5 dapat free 1 taw...

Selain itu jugak boleh dapatkan ikan terubok masin. Pandai-pandailah buat tawar menawar... Ikan terubok yang local lebih sedap taw...

Dekat-dekat sini juga, uolls boleh pergi ke Fort Margherita. Uolls kena lalu kawasan perkampungan dulu, tak jauh manapun.
 Fort Margherita ni telah dibangunkan oleh Rajah Charles dan dinamakan sempena isterinya, Rani Margaret....(Aaaawwww.... ala-ala Taj Mahal gitu)

Kubu yang sweet ini jugak dibina dalam gaya sebuah istana kota Inggeris, direkabentuk untuk melindungi Kuching dari serangan lanun. Kawasan ini dipilih kerana ianya sangat strategik pada masa itu.

Dikawasan yang berdekatan, kalau uolls pergi malam-malam pulak boleh lah singgah menjamu selera di My Village Barok.
Antara menu yang 'marvelousciousness' ialah nasi
ayam ketok, umai ikan, ayam pansuh dan baked BBQ mussels.

2. D'cove family park pasir panjang

Antara pantai yang terdekat ialah pasir panjang. Tapi kalau nak jauh sikit lagi, uolls dah boleh sampai ke Pantai Damai santubong.

Uolls boleh nampak gunung santubung.
 
 Disediakan jugak 'swimming pool' untuk budak-budak. Uolls yang dah besar-besar, tak payah lah nak mengada-ngada berenang-renang sini pulak. Takut-takut nanti orang ingat dugong mana yng sesat. hiks!

 Terdapat jugak tempat makan sambil menikmati deruan ombak menghempas pantai. Di persisiran pantai pun ada jugak gerai-gerai yang menjual makanan panggang... uurrmmm... Sedapnyaaa.... 

walaubagaimanpun, Uolls kenalah naik kenderaan... Tapi tempat ni kurang popular kalau dibandingkan dengan Pantai Damai dimana peratusan Uolls nak jumpa mat salleh dan minah salleh amatlah tipis.

3. Medan Niaga Satok / Kubah Ria / Benteng Satok

Disini, hujung minggu sangatlah meriah sebab Pasar minggu. (kkkriiikkkk-krikkkkk)
Yang terbaik disini ialah, gerai-gerai makan yang TIPTOPS meletopss!!!...
 Benteng Satok

 Kubah Ria
 Medan Niaga Satok
Pasar Minggu

Antara makanan yang disyorkan, Pizza Ria (lain dari pizza hut), mee kolok, air teh c special (Air terbaik!!), mee brunei, dll....

Baiklah, seruan dari kerja sudah tiba, lain masa sekiranya iolls rajin, iolls sambung lagi di entry yang akan datang... xoxoxo...

Thursday, March 12, 2015

~Kawan Antara Benua~

Sahabat yang baru berjumpa, seorang dari negeri Sarawak seorang lagi dari negeri Perak. Orang Sarawak pun bertanya kepada orang Perak.

Sarawak : Awak ni orang Perak kan?

Perak : ye, kenape?

Sarawak : Bahasa korang berbeza sikit kan?

Perak : Ada le sikit.

Sarawak : Kalau terbakar, korang panggil apa?

Perak : Terbako, terbako.

Sarawak : Hmm.. memang lain, kita orang panggil lain.

Perak : Korang panggil ape?

Sarawak : Kita orang panggil Bomba

Perak : cis @#*&%$#!!