Naralicious

Naralicious

Tuesday, September 24, 2013

~Apabila Mengidam Makanan Sarawak di Shah Alam~

Asslamualaikum W.B.T..

hari ni nak share apabila mengidam makanan ataupun masakan Sarawak di kejauhan ini...
hahahak..
ok, pada sabtu yang lepas, 21092013.... Nura dengan Kak Nana (sepupu kitew), mengidam lah nak makan Mee kolok, Laksa Sarawak bagai.. mengada2!!

so, kiteorang plan ar nak cari tempat yang ada jual makanan sarawak ni, bukan senang taw nak cari,
so kiteorg tanye r pak cik google.. die kan serba tahu...

dapat la jawapan dia... Dapur Sarawak berdekatan dengan Hospital Tawakal... kat jalan pahang.. betol ke idok, xtaw lah...

google jer dapur sarawak, kat fb pn ada uolls...

dari pagi Nura tunggu punya tunggu kak nana ambik, rupa2 nyer, dia ambik lepas solat zuhur, tapi lebih lewat dari tu... hahak...

dengan perut yang lapar, ku menanti penuh kesabaran...amboih!!

akhirnya kak nana bersam 4 orang lagi rakan sekerja nya pun tiba di depan kolej anggerik...

dari uitm shah alam sek 7 ni, mengambil masa 1 jam jugak nak sampai ke restoran tuh, perut pun berkeroncong untuk ana... huhuk..

setibanya di tempat tersebut terus mataku tertatap pada meja yang ada kuih lapis bagai.. kat situ jugak ada letak gambar air kegemaranku dan juga ibu ku... ahaks!! air yang paling Nura rindui, sebab, kat tempat lain bila nura oder jer air nih, muka pelayan confirm akan berkerut2 dan buat muka pelik dieorang.. arrggghhhh! streesssss!

hahak, air teh c special @ air teh layer... gggrrrr! terus oder babe!

pastu, kiteorg ada 5 orang taw, termasuk nura la, tapi kiteorang oder 6 pinggan!!! nampak x nafsu pelahap kat situ.. hhhhaaaaaa....

kiteorang oder, laksa sarawak 1, mee kolok 2, nasi goreng aruk dabai 2 & mee kolok goreng 1...

MasyaAllah, bertapa nikmatnya kiteorng menghadap makanan tersebut.. hahahak... bersyukurlah pada Allah yang Esa...

memang licin arrr... nih buktinya... haaa... licin berkilat uolls!! ahaks!









pppsssttttttt, dengar cerita pemilik kedai nih artis sarawak, pelakon kata nyer... 

hafiz af pun selalu lepak kat sini uolls... cuba lah singgah, manalah taw terserempak ke apa... hikhik...



Thursday, September 19, 2013

~Makanan terbaik untuk otak~


 Menurut kajian American Dietetic Association( ADA ) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ tubuh yang paling penting kerana otak adalah organ tubuh pertama yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan. Di sini ada beberapa jenis makanan yang dapat meningkatkan daya ingatan 


Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman. 

Telur
Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur penuh dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan daya ingatan serta mampu mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. 

Kismis
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam sajian. 

Susu
Susu mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak.. Susu juga adalah yang terbaik untuk ketajaman minda malah berguna untuk kesihatan dan dapat mempertajamkan ingatan, serta membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar penyakit lupa. 

Oat
Oat antara makanan kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu membekalkan tenaga. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan. 

Makanan juga memainkan peranan penting dalam kesihatan dan semoga tips yang dikongsi ini dapat membantu anda menajamkan daya ingatan.


Gambar2 kat atas nih adalah dari pak Google hanya dengan menaip otakkk.... see... macam zombie pulak nak cari otak knnn... kaannnnnn....

k.. malu! sebab update dalam kelas.. bai!