Naralicious

Naralicious

Thursday, September 13, 2012

~SELAMAT HARI MALAYSIA~

Assalamuailaikum w.b.t ^.^




sebelum terlambat, Nura nak ucapkan selamat ulang tahun kelahiran Malaysia... 
saja 'wish' awal takut nanti tak berkesempatan nak 'wish'..hehehehee..

Dah 55 tahun negara Malaysia di tubuhkan.. Negara aman tanpa perperangan sampailah sekarang..
tapi, tahukah anda bahawasanya kita masih dijajah?
KENAPA?
kenapa dan mengapa??
tepuk dahi tanyalah minda.. hewhewhew~

Beberapa tahun kebelakangan ini, konsep SATU MALAYSIA telah di cetuskan dan di jadikan sebagai misi serta visi rakyat Malaysia.. walaubagaimanapun, adakah kita sebagai rakyat Malaysia mengamalkan konsep ini??... (Rasa macam ahli pemikir lah pulak-.-")

Ada yang tidak berpuas hati maka mengaitkan konsep tersebut dengan israel.. hurmmm... Kata orang- orang tua, "ambil yang jernih, jangan ambil yang keruh".. apa yang Nura nak katakan ialah, benda yang baik itu kita jadikan contoh, dan yang buruk / tidak baik itu jadikan sempadan... 

Eeerrrmmm.. contoh mudah, pelajar A kurang gemar akan perangai pelajar B yang sering ponteng kelas, tetapi pelajar B sangat rajin membaca buku-buku ilmiah. pelajar A pulak, merasakan dirinya tercabar lalu turut membudayakan dirinya untuk memperbanyakan lagi membaca. inilah dinamakan, persaingan secara sihat! mencontohi yang baik sahaja. bukannya mencontohi yang tidak baik, maka tak salah kan??? (apa Nura merepek nih@.@??)

Ok, Nura bukan nak cakap pasal politik kat sini,(tiada kena mengena pun ~~,).. tapi bagi yang masih dengki-mendengki, saling maki hamun negeri-negeri lain tu, cukup-cukup lah sudahhhhh~

As a malaysian, sedih taw tengok kat 'FB' siap ada yang buat 'fanpage' lg nak hina negeri lain.. kang kene jodoh dengan penduduk asal negori tuh, serve u right there!! hokhohok..
Segelintir orang yang tidak bertanggungjawab nih paling suka nak 'merendah-rendahkan' penduduk borneo terutamanya, Sabah dan Sarawak..

Nura tak tawlah kenapa PHD (perasaan hasad dengki ) nih masih ada... mana dapat cerita yang penduduk Sarawak duduk atas pokok?? Pakai cawat pulak tu.. hurm.. Kalaulahkan, kami (Nura orang Sarawak taw) ni dok atas pokok kan, mesti line internet kami laju macam cheetah! kami bawak kereta guna airway (jalan udara) maklumlah, kereta terbang lah katakan.. hewhewhew~ 

Sebenar-benarnya, semua tempat sama jerlarh! Rasanya lah kan, orang yang dok mengata tu sebenarnya x pernah datang melawat Sabah & Sarawak, pendek kata, tak pernah naik kapal terbang pown.. That is why mereka tidak mengetahui.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. hee~

Meh Nura share pic "asal dari Sarawak"
 Kuching Central

 Waterfront, Youth day

Kuching Sarawak

Opppssss... sebelum terlupa, sarawak juga merupakan penyumbang terbesar untuk Malaysia taw... Tanpa Sarawak, agaknya, berapa kembang semenanjung boleh berkembang ye?? (just wonder) Apa-apa pun, Kami di Sarawak Taknak lah tahi di balas dengan tahi (balas dendam or maki balik), kami hope perspektif yang tidak baik itu akan berubah secepat mungkin, kita kan bernaung di bawah 1 PAYUNG, 1 BAHTERA, & 1 MALAYSIA... ^.^



sayanggg Malaysia! jangan ambil hati taw...^.^
silap dan salah harap dimaafkan... (ampunkan tuan hamba)
sekian.



No comments:

Post a Comment