Naralicious

Naralicious

Friday, January 10, 2014

~Teman, Kawan, Sahabat~

Asslamualaikum..

Ada yang merasakan teman, kawan, sahabat, rakan, kenalan dan sewaktu dengan nya adalah sama.
Tapi ada juga segelintir dari kita merasakan ianya sangat berbeza.

For me it's diff... gediks sangat..
Yela, bukan apa, melalui pengalaman hidup yang hampir 22 tahun ni, rasanya banyak yang telah diharungi. Lebih- lebih lagi bab kawan mengawan, sahabat handai mengandai dan macam-macam lagilah.
kalau zaman muda-muda dulu (macamlah dah tua sangat kannnn....) ada istilah kawan karib, teman rapat, sahabat selamanya, teman tapi mesra pun ada uollsss... siap jadi jawapan feveret artis-artis lagi bila digosip bercintan cintun.. Tak payah nak artis sangat!!hahak...

Kadang-kadang dalam hidup ni, kita tak pernah sangka mahupun menyangka yang kita boleh rapat dengan orang yang kita pernah kenal pada satu masa dahulu.. Haaa....

Ini yang Nura nak share sikit kat page tak berapa nak ramai yang nak baca nih..hahak.. biarlah Nura nak taip apa pun... it's mine ok!!
Baiklah, entry ini khas buat sahabat tersayang yang tak sengaja sayang kat korang, Sharah a.k.a Akarui & Ainina a.k.a Namy Ai..haa... special ka idok??

Kitaorang mula rapat sejak sekolah menengah semasa bersekolah di SMK Tunku Abdul Rahman Kuching, Sarawak, semasa tingkatan 2 gitu... Padahal, kitaorang dah kenal sangat lama, satu sekolah rendah lagi, SK Gita... Haa... 
Tak seorang pun dari kitaorang yang sangka kitaorang akan rapat sampai buat group whatsapp "Zutto tomodachi desu" (Engko ado??)
Maksud nya sahabat selamanya. Betul ke tak, Nura pun tak taw, budak dua orang tu yang belajar bahsa jepon.

Anyway, kenalan bagi Nura ialah orang yang kita hanya kenal walaupun siminit sesaat gitu... Ada yang hanya kenal dari nama, kenal muka tapi tak ingat nama, ada yang hanya kenalan dalam telefon dimana telefon nokia 3310 pada zaman purba kala yang popular dengan kekentalan nya itu, menyenaraikan nombor telefon yang di simpan sebagai kenalan.. paham ke idok?? Kalau tak paham sila baca lagi sekali...

Kawan atau Rakan, orang yang kita berkawan bercerita, berkongsi suka tanpa duka, pergi kelas sama-sama. pergi kantin sama-sama, sekelas, satu sekolah, gelak sama-sama. Jangan mengupat sama-sama yer, walaupun hakikatnya memang korang terumpat jugak..hikhiks..
Selalunya mereka ini di kategorikan dalam kalangan yang kebanyakan, sebab?? Kita ada ramai kawan kan...
Jangan mengada-ngada buat tak paham okeyh, Nura pun susah nak explain nih.. Lama sangat dah x buat karangan bahasa melayu.. Subjek Karangan dah tak ambik lagi sejak masuk sekolah tinggi nih..huhu..

Sahabat atau Teman.. Bagi Nura ianya sangat istimewa. (menaip ini sambil nyanyi lagu teman sejati yang nasyid tuh)..
Teman atau Sahabat bila disebut je, dalam otak ni secara automatik dan pantasnya terus terpikir akan orang-orang yang tempat kita berkongsi suka duka lara melara kita.. yela, tak semua, tapi most of it kannn...
ok2, memang kebanyakkan nya kita pendam dari meluah.. Tapi Sahabat atau Teman selalunya orang yang paling selesa untuk bersama.

Tak semestinya mereka ini terdiri daripada orang lain, bahkan, adik beradik kita, mak ayah pun boleh jada teman dan sahabat kita.
Sesungguhnya, sangat susah nak jumpa mereka yang mahu menjadi pendengar tegar. Lebih - lebih lagi zaman sekarang dimana ada yang mulut tempayan, tikam dari belakang, gunting dalam selimut, dan ada juga kita dah anggap sahabat, rupanya mereka tak pernah lansung menganggap kita sahabat mereka.

 Ada jugak bila dah ada kawan baru, terus yang lama dilupakan. Haa... Ada yang terasa pedas ke?? Ke korang terus teringat kat kawan korang yang berperangai gitu.. Haa.. ini lah namnya lumrah hidup, sekali lagi, LUMRAH HIDUP....


Walau siapapun kita, jangan memilih kawan, jangan berat tulang, jangan berat mulut... (tiba-tiba pehal pulak dah..) Sebabnya, kita takkan pernah tahu bahawa orang yang kita buat sombong tu, suatu hari dia akan jadi hero and tolong kita.. Pastu terus rapat sampai kiamat. Mula lah ada tagline, "Hanya mati yang dapat pisahkan kita". 

Nura pun dah tak taw nak melalut apa lagi.. Diharap korang janganlah mual membacanya k. Terima Kasih sebab sudi jadi pembaca. KBai.

No comments:

Post a Comment