Naralicious

Naralicious

Friday, January 22, 2016

~Pernah Mencuba 1~

Salam 2016 uolls....
Selamat Tahun Baru!!!! Semoga kita kekal sihat dan lebih cemerlang untuk tahun 2016 ini. InsyaAllah~

 

Tajuk entry kali ini "Pernah Mencuba 1" ialah berkenaan dengan produk-produk kesihatan dan kecantikkan yang i pernah cuba termasuk yang i pernah jual, jadi agent dan stokist bagai. Nombo 1 kat tajuk tu nampak sangat lah entry ni dah ala-ala drama bersiri. InsyaAllah tak banyak episod macam sinetron tv3 ye.

Kiranya Nura nak buat ala-ala review produk-produk yang i pernah guna lerrr... Ada juga produk yang i guna sampai sekarang. 

Nura nak mula dengan produk yang nura pernah jual. 3 produk sesi ini, ialah produk dalam bentuk serbuk yang dibancuh menjadi air. Produk-produk ini amat popular dan sangat laris. Let's get start!!

AURAWHITE




Yup!! Nura pernah jual dan minum produk ni. Masa tu produk ni sangat-sangat laris dan permintaan dari wanita 20an amat lah menggalakkan. Mama Nura pun turut mengamalkan aurawhite pad masa itu. Aurawhite ni perasa berry, masam manis ala-ala buah berry. Setiap kali pembelian aurawhite akan disertakan dengan "shaker" iaitu cawan yang berpenutup. Serbuk Aurawhite perlu dicampur dengan air suam dan digoncang (shake-shake) dalam shaker yang diberikan. 

Perbezaan yang dirasai ialah mudah untuk membuang air besar dan kulit menjadi lembab. Kesan dapat dirasa selepas 2 minggu penggunaan secara consistant. Orang kata, kita mudah untuk membuang air besar sebab nak buang toksik yang ada dalam badan kita. Nura rasa ianya adalah kesan berry yang terkandung dalam produk tersebut. Bagi kulit menjadi lembab, ianya kerana kita perlu minum air yang mencukupi. sekurang-kurangnya 3litre sehari. 3LITRE SEHARI. Tapi Nura tak minum pun sebanyak tu sebab nanti kerap sangat ke tandas. Tak tahan iolls.

K-COLLY
Nura mula menjual k-colly masa i di Shah Alam. Ianya sangat laris dalam kalangan para pelajar. Lebih-lebih lagi bila PTPTN masuk, sangat-sangatlah masyukkkkk. Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. Hihihiks.

Produk ni hampir sama dengan aurawhite. Cuma, produk ni lagi sedap dimakan begitu saja. Hahahak!
Ya, ianya perlu dibancuh seperti aurawhite. Tapi Nura suka makan serbuk K-colly sambil tonton tv ataupun baca buku. Nampak tak berapa sedapnya dimakan begitu saja. Tapi K-colly tak disertakan dengan shaker. Anda perlu bancuh macam air milo, guna sudu je jahhh... 

Kesan pun sama, senang nak membuang air besar dan kulit rasa lembab.  Selain itu, kulit muka nampak pink-pink sikit. Kesan-kesan ini boleh dirasakan selepas 10 hari penggunaan. Selain itu, nak share sikit, ada beberapa orang pelanggan setia produk K-Colly yang beli dengan Nura. Ada seorang tu, namanya Mira. Perubahan pada Mira sangat-sangat ketara!!! Muka dia penuh dengan jerawat besar, merah dan gatal-gatal. Selepas 3bulan, 3 botol K-colly, jerawat dia dah kurang dan muka Mira dah tak merah-merah lagi. Syukur, sesuai sangat dengan Mira.

PERLA COFFEE
Nura bukan seorang penggemar kopi. Tapi, perla coffee sangat sedap. I love it!!! Sampai sekarang Nura masih consume produk ini. Itupun minum tak consistant. Bila teringin baru nak minum. Ianya sangat lain kerana ianya berperisa kopi susu, terdapat 20 paket kecik dalam 1 kotak. (Aurawhite dan K-colly lebih jimat dan lebih banyak rasanya). 1 kotak harga dalam RM50. Agak mahal laaa... Tapi berbaloi.

Kesannya, badan jadi segar, bertenaga, dan kulit lembab. Oleh kerana ianya memberi tenaga, Nura hanya minum perla coffee pada sebelah pagi. Berbeza dengan produk lain, selepas minum kopi ni, kita dengan sendiri akan menjadi haus dan akan minum banyak air. Tak perlu paksa diri nak minum banyak-banyak air. Kerap ke tandas?? Memang akan ke tandas, tapi tak lah terlalu kerap. So, for me, it just fine.
  

KONKLUSI
Ketiga-tiga produk diatas bertujuan untuk memutih dan mencerahkan kulit. Tapi, ianya tidak berkesan sangat untuk Nura. Mungkin salah satu faktornya, kulit i memang dah cearah dan badan i banyak toksik agaknya (tak pernah jaga permakanan). Selain itu, kurang minum air dan tak amal secara konsisten. Apa-apa pun, produk-produk tersebut memang berkesan melembabkan kulit. 

Kalau ianya sesuai dengan anda, sila teruskan. Bersyukurlah anda telah menjumpai produk yang serasi. Untunglah uollssss..... Cemburu iolls!! Hahahak... Penat Nura menaip, Jumpa di next entry!! Tata!!
 

No comments:

Post a Comment